Tuesday, September 3, 2013

Sidang Dun@Manong ;)



Salam kemerdekaan kepada Semua. YB ingin berkongsi sedikit cerita dan pengalaman berada di Sidang Dun tempohari. YB tinggal di Hotel Impiana bersama YB kamil dan seorang Pegawainya :) Bestkan.. Breakfast mewahla Sikit hehe...


So, pada hari pertama dengar titah Pemangku Sultan Perak Raja Dr Nazrin Shah sampai tengahari. Kemudian selesai. Pada sidang dun hari Ketiga jam 1 TGH YB kamil bangun berdiri di dewan yang mulia buat pertama kali untuk membahas titah Pemangku Sultan Perak Raja Dr Nazrin Shah. Antara perkara yang disentuh adalah ucapan tahniah dan isu pelancongan dan setempat. Sambil mengambil contoh di kawasan sendiri iaitu Dun Manong. Isu pelancongan juga turut disentuh dalam titah tuanku, YB turut menyatakan cadangan untuk menjadikan Manong sebagai salah satu pusat pelancongan yang perlu disenaraikan oleh pihak kerajaan negeri. Menambahahbaik insfrastruktur kawasan Ulu kenas sebagai contoh dan merancakkan kegiatan ekonomi di sana. Antara usaha yang telah dijalankan setakat ini adalah menjenamakan Manong dengan Brand MYMANONG. Selain itu mewujudkan institut pendidikan Manong. Sebelum ini sudah ada ura-ura untuk mewujudkan ILIM di kawasan Manong namun ia tergendala dan YB memohon untuk mewujudkan pusat pendidikan di sana. Seterusnya YB menyebut mengenai pembangunan pecan pekan kecil yang ada di Manong dan mengenai Jambatan Manong yang menghubungkan Pekan Manong dan Seberang manong/Bukit Chandan.

Ulasan Exco kepada Soalan YB :

Ucapan Perbahasan dan Soalan YB sudah diulas dan dijawab dengan baik oleh exco-exco yang berkenaan. Antaranya mengenai cadangan pembinaan manong sudah mendapat respon yang baik dari pihak kerajaan Negeri di mana pihak kerajaan sudah memasukkan pembinaan jambatan ini dalam RMK 10 dengan kos Rm25juta pada 30 Julai 2013. Kerajaan juga mengharapkan pembinaan jambatan tersebut dalam membantu masyarakat setempat dan merancakkan ekonomi rakyat. Begitu juga mengenai pelancongan di Manong, YB Nolee exco pelancongan Perak sudah memberi respon positif untuk menambahbaik pelancongan di manong. Selain itu mengenai  pembangunan pekan-pekan kecil juga akan dijalankan. Soalan-soalan yang lain turut dijawab dalam jawapan lisan  yang dibekalkan oleh setiap ADUN.


Bagi YB, Pertamanya rasa amat bersyukur kerana dapat turut sama dalam sidang Dun yang diadakan pada kali ini. Semuanya gara-gara AMANJAYA INTERNSHIP 2013. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang dapat diperolehi selama seminggu di persidangan ini. Saya juga diberi peluang oleh YB untuk membuat soalan yang mahu ditanya dalam sidang Dun. Antara yang dapat saya ulas adalah mengenai kejayaan Speaker yang baru dalam mengawal siding Dun yang pastinya akan berhadapan dengan scene “bertikam lidah” di antara pihak kerajaan dan Pembangkang. Namun yang penting isu perkara setempat yang dibawa oleh setiap ADUN. 

Fokus kepada isu yang dibawa oleh YB kamil, saya melihat ia adalah bertepatan dengan konsep rakyat didahulukan. Antaranya pembinaan jambatan Manong yang dilihat mampu memberi kemudahan pengangkutan dan merancakkan ekonomi di kedua-dua kawasan. Begitu juga dengan pembinaan kawasan perumahan murah yang mampu memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk memiliki rumah berstatus mampu milik. Selain itu kawasan pelancongan yang akan dibangunkan mampu menjadikan nama Manong dengan brand MYManong itu standing dengan nama kawasan yang lain. Apabila disebut Manong, orang sudah tahu kelebihannya. Begitulah harapan saya. Semoga apa yang diperjuangkan oleh YB dapat terlaksana. Ameeeen.




 Salam Kemerdekaan  ke-56 dari Saya YB@yang Berkhidmat Radi ;)

Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku...


Sunday, September 1, 2013

Sidang DUN Perak Dan Salam Kemerdekaan 56 !

Salam Kemerdekaan.!!

Alhamdulillah. Syukur kerana dengan limpah dan kurnianya dapat bersama-sama dengan Amanjaya Internship yang sudah tiba ke Penghujungnya. Selamahlebih Sebulan bersama dengan tugas Seorang YB di kawasan DUN Manong ini, pelbagai program, peristiwa dan pengalaman yang diperolehi. Bukan mudah hidup sebagai seorang YB. Antara perkara yang utama bermain dalam fikiran mereka adalah "rakyat".

Syukur juga pada minggu ini, saya dapat bersama-sama dengan seluruh pelatih amanjaya Internship di Sidang Dun Perak. Pengalaman yang berharga ini bukan mudah diperoleh, juster saya gunakan masa sebaiknya untuk mengambil pengetahuan mengenai cara YB YB bersidang.

Selama seminggu ia berlaku bermula hari Isnin dengan Persamian oleh Raja Dr Nazrin Shah, Pemangku Sultan Perak. Diikuti pula hari berikutnya dengan sesi perbahasan titah sultan dan soalan-soalan mengenai kawasan DUN masing-masing. Perbahasan dan perdebatan berjalan dengan baik diketuai oleh Speaker dewan, SK Dewamany.

Pada hari Jumaat selesai sidang Dun ini dan pada malam itu adalah ambang Kemerdekaan MALAYSIA yang ke 56. ALHAMDULILLAH.....

Thursday, August 15, 2013

YB @ RAYA

Alhamdulillah..pada sesi Kali ini !!

Jom raya....

ISNIN: Ditugaskan untuk menguruskan majlis penyerahan Yayasan Perak kepada 36 orang pelajar. Saya juga menjadi pengerusi Majlis untuk sesi tersebut bertempat di rumah rehat kuala kangsar. Ibubapa pelajar dan media juga turut hadir.Di sebelah petang penyerahan bubur lambuk di Manong



SELASA :.Mewujudkan group khas di FB untuk siswa Siswi Dun Manong dan menyiapkan soalan Sidang DUN :)

RABU : Last puasa sebelum raya :)

YB @ OGOS


Oleh :Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi


Alhamdulillah pada sesi kali ini bermula pada :
1 Ogos 2013

Tempat :Pusat Khidmat Masyarakat Dun Manong
Mendengar dan mengambil maklumat aduan dan masalah rakyat.
Berbincang dengan YB Kamil mengenai program minggu ini.
Di sebelah petang pula menuju ke kampung Selampak untuk majlis berbuka puasa bersama masyarakat yang melibatkan tiga buah kampung . Solat berjamaah di surah Ihsaniah.


2 Ogos 2013
Menguruskan kira-kira  4000 kad ucapan raya yang akan diedarkan kepada masyarakat setempat. Kemudian menuju ke Pusat Khidmat Masyarakat manong dan ke sekolah Menengah Tajol Arifin untuk majlis pentupan Ambang Ramadhan. YB kamil turut memberi sumbagan kepada pelajar yang memerlukan.Saya juga menjadi wakil media YB ketika itu.
Kemudian melawat orang sakit yang memerlukan bantuan dan bersama –sama ke Jerlun untuk majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan makanan kepada masyarakat yang memerlukan. Turut bersama adalah ahli Parlimen Kuala Kangsar.Daro Wan Khairil.

3 Ogos 2013
Bersamadalam Majlis Penutupan tadarus Al Quran di Masjid Ridzuaniah.IajugamelibatkanAhliParlimen Kuala KangsardanAdun Bukit Chandan. Seramai  100 orang wanita mendapat sumbangan.
Turutsertadalammesyuaratringkas Adun dan Parlimen bersama dengan ketua-ketuawanitacawangandanpenyampainduitraya
Kemudianmenujuke Hospital Kuala Kangsaruntukmemberisumbanganrayakepadaparapesakit.Sayajugaturutbersamauntukmemberisumbanganrayatersebut.


4 Ogos 2013
MenguruskanpersiapanuntukmajlispenyampaianCekYayasan Perak kepadaparapelajar yang akanmengambil diploma danIjazahkemasukan September nanti. 36 pelajarakandiberikancekpada 5 ogosbertempat di Guest House Kuala Kangsar. SayaakanmenjadipengacaraMajlispadaharitersebut.



UlasanRingkas :

Satupengalaman yang sangatmemberikesankedalamdiri. Merasaidenyutnadirakyat yang memerlukandanperananseorangwakilrakyat.FasaRamadhaninibanyakmelibatkan program yang berunsurkeagamaandansumbanganbanyakdiberikan.YB Kamilmemainkanperanansebagaiseorangwakilrakyatdenganbaik.Gabungantiga orang wakilrakyatiaituDato Wan AhliParlimen Kuala Kangsar, Dun Manong YB Kamildan Dun Bukit Chandan YB Hisyammempunyaikekuatan yang tersendiriapabilabergabungtenagadanperanankepada masyarakat.

Friday, July 12, 2013

AMANJAYA INTERNSHIP 2013


Segalanya bermula dengan Post Makluman ini. 


"Salam Perak Amanjaya,

 "Amanjaya Internship 2013" sebuah program "political internship" akan bermula awal bulan Julai selama 2 bulan. Pelajar yang berjaya dipilih akan berkhidmat sebagai Research Officer/Pembantu Khas kepada ADUN-ADUN di Perak. Syarat-syarat: 

 1. Warganegara dan Anak Perak
 2.Bumiputera
 3. Berumur 18-28 tahun
 4. Penuntut Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS
 5. CGPA 2.5> 
 6. Menyokong visi dan konsep Amanjaya 
 7. Terlibat aktif dengan aktiviti kokurikulum
 8. Punyai kepimpinan yang tinggi

 Hantarkan CV/Resume kepada alyashir@gmail.com dengan subject: Amanjaya Internship Programme sebelum 24 Jun 2013. 


 Hanya 31 pelajar yang terpilih selepas penapisan temuduga akan berkhidmat bersama ADUN di Perak. Elaun bulanan dan keistimewaan lain akan diberikan kepada yang berjaya. Terima kasih."

.............................................................................................

Saya yang merupakan Mahasiswa tahun akhir Sarjana Muda Sains Politik Islam Universiti Malaya tertarik untuk mengikuti program sebegini kerana di dalam kelas kita hanya belajar mengenai teori bukan amali .

Setelah resume siap dihantar, nama saya telah disenarai Pendekkan sebagai Pelatih Internship. Kemudian ditemuduga oleh 3 orang Panel yang bertafaf YB. Setelah menunggu beberapa hari, saya dimaklumkan diterima sebagai salah seorang "YB" yang akan mengikuti program Internship yang julung-julung kali diadakan di Negeri Perak. Diberitakan, daripada 83 Permohonan hanya 31 sahaja yang terpilih.

Pada taklimat 9 Julai yang lalu, dinyatakan antara tujuan utama Program Internship ini adalah untuk mendedahkan kepada anak muda bagaimana gerak kerja atau pengurusan seseorang YB yang dilantik oleh rakyat. Melalui Internship ini juga, Pelatih akan turut serta dalam memberi idea dan menggerakkannya bersama  YB di kawasan yang terpilih.

Semoga kesemua Pelatih dapat menjalankan tugas sebaiknya. Segalanya bermula di sini.

"apabila kita meletakkan sesuatu itu pada level yang tertinggi, maka generasi yang akan datang akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi level kita itu"

bergambar kenangan bersama SU Sulit MB Perak seusai sesi Penyampai Watikah perlantikkan.


Saya Akan Berkhidmat di DuN Manong, bersama YB KAMIL BIN DATO SHAFIE;)



Thursday, July 11, 2013

Mengenai "YB" Yang Berkhidmat


                                        

                                                 KETERANGAN PERIBADI                                               

Nama: Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi
Alamat : Lot 682 Kampung tersusun Salak 31050 Salak Utara Perak Darul Ridzuan.
Kerakyatan: Malaysia
Tarikh Lahir :11 Mei 1990
No telefon :013-9352579
E Mail : Meor90@yahoo.com



MAKLUMAT PENDIDIKAN


Julai 2010 -                             Ijazah Sarjana Muda Sains Politik Islam/Shariah Akademi 
                                                Pengajian Islam  Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
                                              
Julai  2008 -                            Asasi Pendidikan Islam Akademi Pengajian Islam
Jun   2010                               Universiti Malaya Nilam Puri.
                                               Keputusan CGPA  3.28
                       
Februari 2003 -                       Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Disember 2007                       Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar Perak.
                                               Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)  4 A 4B

Februari  2007                        Keputusan Empat Thanawi dengan pangkat “Makhbul”

Malaysian University English Test(MUET) Mid Year 2009 Band Achieved = 3


PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN TAMBAHAN :

1-Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  di Sekolah Menengah Agama Raja Nazrin Shah selama 7 Bulan pada   tahun 2008
2- Menjadi wakil Universiti Ke China dalam rangka program pertukaran pelajar ke Universiti-Universiti di  China Selama seminggu pada April 2010
3- Kursus Bahasa Arab di Universiti Kaherah Giza, Mesir selama Sebulan pada Disember 2011
4-Berada di Pesantren(pondok) Darut Tauhid Bandung Indonesia selama seminggu juga dalam rangka mengenali dan mengkaji mengenai sistem pendidikan di sana. 2011                            
5- Berada di Universiti Prince Of Songkla Pattani Thailand selama Seminggu untuk program       Akademi Pengajian Islam. 2012
6- Program pertukaran Pelajar di Universiti Inha, Incheon Korea selama Sebulan pada Julai 2012
7- Menjadi Pengacara Majlis untuk Karnival I PMIUM, Malam Cakna Umat di Universiti Malaya
8- Menjadi Moderator Untuk Forum-forum yang diadakan di Universiti Malaya. Sebagai contoh, Forum Media bersama Saudara Fedtri Yahya dan Kak Yatt Hamzah. Forum Cinta High Class Varsiti bersama Imam Muda Nazrul dan Ustazah Fatimah Syarha, dan lain-lain.
9- Merupakan ahli dan juru cakap Kumpulan Nasyid Al Hararr.


KEMAHIRAN

-Mahir bertutur dalam bahasa Melayu dan mampu berbahasa Inggeris serta Bahasa Arab.
-Mahir Menulis dalam bahasa Melayu dan mampu menulis dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
-Kemahiran menggunakan aplikasi Komputer seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop dan format  komputer.
-Kebolehan lain adalah seperti  memberi menulis Cerpen@novel, pidato, syarahan, motivasi, ceramah dan nasyid.


PENCAPAIAN/ ANUGERAH

          2008-2010                    -Pengarah Program Kolej.
                                                -Hakim debat Bahasa Inggeris Sekolah Raja Nazrin Shah.

           2011-2012                - Sijil Proram Bahasa Arab dari Dari Ulum, 
                                                Universiti Kaherah Mesir
                                               Sijil Summer Camp dari 
                                                Universiti Inha, Korea.                                           


PENCAPAIAN KOKURIKULUM

Sekolah Menengah                 -Presiden Majlis Pelajar Madrasah Idrisiah,
2006/2007

Universiti                                 -Exco Sukan dan reakreasi Jawatankuasa Tindakan Kolej(JTK)  
2009/2013                               Nilam Puri Univerisit Malaya                              
                                               -Tempat Ketiga Pertandingan Sepak Takraw dan Bola Sepak sempena hari terbuka
                                                Universiti Malaya.
-Berkhidmat sebagai fasilitator lebih daripada 20 buah sekolah(menengah dan Rendah) seluruh Malaysia  termasuk di Sabah.
- Presiden Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya
- Exco Korporat dan Antarabangsa Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.(PMIUM)
                                               - Exco Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP)


Salam Perkenalan Dari Saya : Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi.