Tuesday, September 3, 2013

Sidang Dun@Manong ;)



Salam kemerdekaan kepada Semua. YB ingin berkongsi sedikit cerita dan pengalaman berada di Sidang Dun tempohari. YB tinggal di Hotel Impiana bersama YB kamil dan seorang Pegawainya :) Bestkan.. Breakfast mewahla Sikit hehe...


So, pada hari pertama dengar titah Pemangku Sultan Perak Raja Dr Nazrin Shah sampai tengahari. Kemudian selesai. Pada sidang dun hari Ketiga jam 1 TGH YB kamil bangun berdiri di dewan yang mulia buat pertama kali untuk membahas titah Pemangku Sultan Perak Raja Dr Nazrin Shah. Antara perkara yang disentuh adalah ucapan tahniah dan isu pelancongan dan setempat. Sambil mengambil contoh di kawasan sendiri iaitu Dun Manong. Isu pelancongan juga turut disentuh dalam titah tuanku, YB turut menyatakan cadangan untuk menjadikan Manong sebagai salah satu pusat pelancongan yang perlu disenaraikan oleh pihak kerajaan negeri. Menambahahbaik insfrastruktur kawasan Ulu kenas sebagai contoh dan merancakkan kegiatan ekonomi di sana. Antara usaha yang telah dijalankan setakat ini adalah menjenamakan Manong dengan Brand MYMANONG. Selain itu mewujudkan institut pendidikan Manong. Sebelum ini sudah ada ura-ura untuk mewujudkan ILIM di kawasan Manong namun ia tergendala dan YB memohon untuk mewujudkan pusat pendidikan di sana. Seterusnya YB menyebut mengenai pembangunan pecan pekan kecil yang ada di Manong dan mengenai Jambatan Manong yang menghubungkan Pekan Manong dan Seberang manong/Bukit Chandan.

Ulasan Exco kepada Soalan YB :

Ucapan Perbahasan dan Soalan YB sudah diulas dan dijawab dengan baik oleh exco-exco yang berkenaan. Antaranya mengenai cadangan pembinaan manong sudah mendapat respon yang baik dari pihak kerajaan Negeri di mana pihak kerajaan sudah memasukkan pembinaan jambatan ini dalam RMK 10 dengan kos Rm25juta pada 30 Julai 2013. Kerajaan juga mengharapkan pembinaan jambatan tersebut dalam membantu masyarakat setempat dan merancakkan ekonomi rakyat. Begitu juga mengenai pelancongan di Manong, YB Nolee exco pelancongan Perak sudah memberi respon positif untuk menambahbaik pelancongan di manong. Selain itu mengenai  pembangunan pekan-pekan kecil juga akan dijalankan. Soalan-soalan yang lain turut dijawab dalam jawapan lisan  yang dibekalkan oleh setiap ADUN.


Bagi YB, Pertamanya rasa amat bersyukur kerana dapat turut sama dalam sidang Dun yang diadakan pada kali ini. Semuanya gara-gara AMANJAYA INTERNSHIP 2013. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang dapat diperolehi selama seminggu di persidangan ini. Saya juga diberi peluang oleh YB untuk membuat soalan yang mahu ditanya dalam sidang Dun. Antara yang dapat saya ulas adalah mengenai kejayaan Speaker yang baru dalam mengawal siding Dun yang pastinya akan berhadapan dengan scene “bertikam lidah” di antara pihak kerajaan dan Pembangkang. Namun yang penting isu perkara setempat yang dibawa oleh setiap ADUN. 

Fokus kepada isu yang dibawa oleh YB kamil, saya melihat ia adalah bertepatan dengan konsep rakyat didahulukan. Antaranya pembinaan jambatan Manong yang dilihat mampu memberi kemudahan pengangkutan dan merancakkan ekonomi di kedua-dua kawasan. Begitu juga dengan pembinaan kawasan perumahan murah yang mampu memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk memiliki rumah berstatus mampu milik. Selain itu kawasan pelancongan yang akan dibangunkan mampu menjadikan nama Manong dengan brand MYManong itu standing dengan nama kawasan yang lain. Apabila disebut Manong, orang sudah tahu kelebihannya. Begitulah harapan saya. Semoga apa yang diperjuangkan oleh YB dapat terlaksana. Ameeeen.




 Salam Kemerdekaan  ke-56 dari Saya YB@yang Berkhidmat Radi ;)

Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku...


No comments:

Post a Comment