Sunday, September 1, 2013

Sidang DUN Perak Dan Salam Kemerdekaan 56 !

Salam Kemerdekaan.!!

Alhamdulillah. Syukur kerana dengan limpah dan kurnianya dapat bersama-sama dengan Amanjaya Internship yang sudah tiba ke Penghujungnya. Selamahlebih Sebulan bersama dengan tugas Seorang YB di kawasan DUN Manong ini, pelbagai program, peristiwa dan pengalaman yang diperolehi. Bukan mudah hidup sebagai seorang YB. Antara perkara yang utama bermain dalam fikiran mereka adalah "rakyat".

Syukur juga pada minggu ini, saya dapat bersama-sama dengan seluruh pelatih amanjaya Internship di Sidang Dun Perak. Pengalaman yang berharga ini bukan mudah diperoleh, juster saya gunakan masa sebaiknya untuk mengambil pengetahuan mengenai cara YB YB bersidang.

Selama seminggu ia berlaku bermula hari Isnin dengan Persamian oleh Raja Dr Nazrin Shah, Pemangku Sultan Perak. Diikuti pula hari berikutnya dengan sesi perbahasan titah sultan dan soalan-soalan mengenai kawasan DUN masing-masing. Perbahasan dan perdebatan berjalan dengan baik diketuai oleh Speaker dewan, SK Dewamany.

Pada hari Jumaat selesai sidang Dun ini dan pada malam itu adalah ambang Kemerdekaan MALAYSIA yang ke 56. ALHAMDULILLAH.....

No comments:

Post a Comment