Segalanya bermula dengan Post Makluman ini.
"Salam Perak Amanjaya,
"Amanjaya Internship 2013" sebuah program "political internship" akan bermula awal bulan Julai selama 2 bulan. Pelajar yang berjaya dipilih akan berkhidmat sebagai Research Officer/Pembantu Khas kepada ADUN-ADUN di Perak. Syarat-syarat:
1. Warganegara dan Anak Perak
2.Bumiputera
3. Berumur 18-28 tahun
4. Penuntut Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS
5. CGPA 2.5>
6. Menyokong visi dan konsep Amanjaya
7. Terlibat aktif dengan aktiviti kokurikulum
8. Punyai kepimpinan yang tinggi
Hantarkan CV/Resume kepada alyashir@gmail.com dengan subject: Amanjaya Internship Programme sebelum 24 Jun 2013.
Hanya 31 pelajar yang terpilih selepas penapisan temuduga akan berkhidmat bersama ADUN di Perak. Elaun bulanan dan keistimewaan lain akan diberikan kepada yang berjaya. Terima kasih."
.............................................................................................
.............................................................................................
Saya yang merupakan Mahasiswa tahun akhir Sarjana Muda Sains Politik Islam Universiti Malaya tertarik untuk mengikuti program sebegini kerana di dalam kelas kita hanya belajar mengenai teori bukan amali .
Setelah resume siap dihantar, nama saya telah disenarai Pendekkan sebagai Pelatih Internship. Kemudian ditemuduga oleh 3 orang Panel yang bertafaf YB. Setelah menunggu beberapa hari, saya dimaklumkan diterima sebagai salah seorang "YB" yang akan mengikuti program Internship yang julung-julung kali diadakan di Negeri Perak. Diberitakan, daripada 83 Permohonan hanya 31 sahaja yang terpilih.

Pada taklimat 9 Julai yang lalu, dinyatakan antara tujuan utama Program Internship ini adalah untuk mendedahkan kepada anak muda bagaimana gerak kerja atau pengurusan seseorang YB yang dilantik oleh rakyat. Melalui Internship ini juga, Pelatih akan turut serta dalam memberi idea dan menggerakkannya bersama YB di kawasan yang terpilih.
Semoga kesemua Pelatih dapat menjalankan tugas sebaiknya. Segalanya bermula di sini.
"apabila kita meletakkan sesuatu itu pada level yang tertinggi, maka generasi yang akan datang akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi level kita itu"
bergambar kenangan bersama SU Sulit MB Perak seusai sesi Penyampai Watikah perlantikkan.
No comments:
Post a Comment